Monday, February 16, 2009

Kisah Penjual Tempe


Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, hanya separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , “Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin”

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. “Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin”

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu.

Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. “Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengkabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin”.

Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya.

Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh d i sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, “Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini.”

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. “Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi.” Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya”Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin”.

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, “Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?” Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa.

Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan…

Moral dari kisah di atas:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan.

Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU , menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan..

oleh itu, hantarlah kepada sahabat yang lain agar kebaikan boleh sama dikongsi. Mudah-mudahan Allah suka dengan apa yang kita buat (”,) ….

Manusia Paling Malas

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat Rajin belaka tidak ada yang malas.

Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari Seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku paling malas.

Katanya : “saya adalah yang paling malas”

Raja pun bertanya : “apa tahap malas awak?”

Lalu jawab lelaki tersebut :”kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya”.

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : “Saya lebih malas lagi dari dia tuanku”.

Tuanku pun bertanya kepadanya : “sampai mana pulak tahap malas awak?”

Maka jawabnya : “Kalau saya makan pun, sampai ada orang tolong kunyahkan”.

Maka raja pun terdiam?

Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata:

“Saya lah yang paling malas tuanku”.

Raja pun bertanya, : “bagaimana pula tahap kemalasan awak?”

budak itu pun menjawab : “Nak cite pun malas”.

KAH . KAH . .KAH . .!!!!!!!!!

http://www.rileks.info/coollist/2008/08/manusia-paling-malas/

Tuesday, February 10, 2009

Iklan Belajar Memandu







Ada sahabat kami mintak tolong advertisekan servicenya.Katanya...Untuk para pelanggan kami...sesiapa yg belum mempunyai lesen memandu motosikal dan mobil blehlah mendaftar.Untuk belajar kapal terbang & kretapi je yg dia x buat.Harga & cara pembayaran bleh dirunding.Try2 contact dia:
RUZY : 013-373 9009/018-213 2969


Sunday, February 8, 2009

Made In Jakarta

Tahun baru yang lepas ni(2009)....kami sempat bercuti ke Jakarta.Kami sempat membeli ole2 utk Maniz Burger.Kami tempah topi di Mangga 2.Setiap satu berharga Rupiah 20,000.000 lebih kurang kl duit Ringgit adalah RM6.00.
Kt Bangi mana dpt bro...harga tu siap ngan tag nama.paling tidak 20-25 inggit.

Sunday, October 26, 2008



Peta ke UKM dan Bandar Baru Bangi


Bandar Baru Bangi

Bandar Baru Bangi, yang dibangunkan sebagai sebuah bandar akademik, lengkap dengan pelbagai kemudahan publik, mula dibangunkan pada tahun 1975. Ia dibangunkan khusus untuk memenuhi keperluan kediaman dan perkhidmatan lain bagi penghuni kampus induk Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pembangunan bandar baru ini dimulakan dua tahun sebelum pemindahan Universiti Kebangsaan Malaysia dari kampus sementaranya di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Pemindahan ke kampus induk baru di Bangi bermula pada Oktober 1977.

Bandar baru ini dinamakan Bandar Baru Bangi, mengambil sempena sebuah pekan kecil, Bangi, yang terletak kira-kira 8km ke selatan. Bandar Baru Bangi dihubungkan dengan Kuala Lumpur dengan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). Masa perjalanan ke Bandar Baru Bangi sama ada dari Kuala Lumpur di utara atau Seremban di selatan, cuma mengambil masa 30 minit.

Selepas 30 tahun, bandar ini telah membangun dengan pesatnya. Pemandangan masa kini jauh berbeza dari tahun-tahun awal pembangunannya yang bermula dengan fasa satu di seksyen satu. Fasa pertama dibina di atas tanah seluas 10 hektar dengan 40 buah rumah berkembar, 28 rumah teres dua tingkat, 50 buah teres satu tingkat dan 4 buah rumah satu tingkat. Pada November 1977, penghuni baru mula menginap di kejiranan baru ini.

Pada masa kini, 80,000 penghuni menjadi Bandar Baru Bangi sebagai tempat kediaman mereka. Terdapat 20 seksyen yang telah dibangunkan. Pembangunan bandar ini begitu pesat sekali apabila kerajaan mengumumkan Putrajaya pada tahun 2001.

Putrajaya, pusat pentadbiran baru untuk Kerajaan Persekutuan terletak dalam lingkungan lima minit memandu dari Bandar Baru Bangi.

Terdapat banyak kemudahan yang telah dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk kegunaan penghuni bandar ini, termasuk sebuah taman rekreasi, Taman Cempaka yang terletak bersebelahan dengan Kompleks PKNS. Di samping itu, sebuah kompleks membeli belah baru turut dibina, Bangi Utama.

Untuk memenuhi keperluan perubahan dan kesihatan penduduk bandar ini, sebuah klinik kesihatan komuniti dibina. Sebuah balai polis dan balai bomba turut disediakan untuk penduduk bandar ini.

Bandar Baru Bangi kini mempunyai sebuah hotel antarabangsa bertaraf lima bintang, Hotel Equatorial Bangi-Putrajaya yang mempunyai 252 bilik. Reka bentuk dan seni bina bangunan ini berinspirasikan sebuah vila dan ia mempunyai lapan tingkat.

Kedudukan strategik Hotel Equatorial Bangi-Putrajaya di tengah-tengah Bangi Golf Resort telah menjadikan hotel ini sebagai pilihan utama untuk menganjurkan pelbagai persidangan antarabangsa dan kebangsaan.


Hotel Equatorial Bangi-Putrajaya

Kepada peminat golf, Bangi Golf Resort menawarkan padang 18 lubang, dimajukan atas sebuah tanah seluas 660 ekar. Di samping itu, sebuah padang 18 lubang juga terdapat di Danau Golf Club yang terletak dalam kampus induk Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beberapa buah bank beroperasi di bandar ini termasuk kumpulan perbankan Maybank Banking Groups, CIMB, Bank Rakyat, Ambank, Bank Islam dan Bank Muamalat.

Bandar Baru Bangi Bandar Baru Bangi

Bandar Baru Bangi dirancangkan dan dibangunkan sebagai sebuah bandar akademik. Pada masa kini, terbangun di sekitar bandar ini beberapa institutusi pengajian tinggi bertaraf dunia di negara ini. Di antaranya ialah Kuala Lumpur Infrastructure University (KLIU), Universiti Tenaga Nasional, Islamic Teaching Institute, PORIM Training Centre, Petronas dan ILIM.

Kemudahan beribadah bagi penduduk Islam turut disediakan di Bandar Baru Bangi. Dua buah masjid, Masjid Al-Hasanah dan Masjid Teras Jernang dibina, di samping puluhan surau di beberapa seksyen di bandar ini.






Wednesday, October 22, 2008

Tak Bleh Tahan......




"x bleh tahan bang! aku nak gak burgerDouble special dlm bubuh thousand island,aji shio lebih cikit.....mayo lebih ......Semacam je banyak customer meng order burger special...aku pun mana leh tahan...terasa x tertahan laparnya ni..."ujar share partner Maniz Burger.

Tu lah dia penangan Thousand Island...Mayo Nalley...Aji Shio....dan yg penting daging burger tu....mesti Brand RAMLY!Cukup rasanya......lena tidur....sampai leh terbabas le bangun pagi.Sudahnya merah punch card kt off................