Sunday, October 26, 2008



Peta ke UKM dan Bandar Baru Bangi


Bandar Baru Bangi

Bandar Baru Bangi, yang dibangunkan sebagai sebuah bandar akademik, lengkap dengan pelbagai kemudahan publik, mula dibangunkan pada tahun 1975. Ia dibangunkan khusus untuk memenuhi keperluan kediaman dan perkhidmatan lain bagi penghuni kampus induk Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pembangunan bandar baru ini dimulakan dua tahun sebelum pemindahan Universiti Kebangsaan Malaysia dari kampus sementaranya di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Pemindahan ke kampus induk baru di Bangi bermula pada Oktober 1977.

Bandar baru ini dinamakan Bandar Baru Bangi, mengambil sempena sebuah pekan kecil, Bangi, yang terletak kira-kira 8km ke selatan. Bandar Baru Bangi dihubungkan dengan Kuala Lumpur dengan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). Masa perjalanan ke Bandar Baru Bangi sama ada dari Kuala Lumpur di utara atau Seremban di selatan, cuma mengambil masa 30 minit.

Selepas 30 tahun, bandar ini telah membangun dengan pesatnya. Pemandangan masa kini jauh berbeza dari tahun-tahun awal pembangunannya yang bermula dengan fasa satu di seksyen satu. Fasa pertama dibina di atas tanah seluas 10 hektar dengan 40 buah rumah berkembar, 28 rumah teres dua tingkat, 50 buah teres satu tingkat dan 4 buah rumah satu tingkat. Pada November 1977, penghuni baru mula menginap di kejiranan baru ini.

Pada masa kini, 80,000 penghuni menjadi Bandar Baru Bangi sebagai tempat kediaman mereka. Terdapat 20 seksyen yang telah dibangunkan. Pembangunan bandar ini begitu pesat sekali apabila kerajaan mengumumkan Putrajaya pada tahun 2001.

Putrajaya, pusat pentadbiran baru untuk Kerajaan Persekutuan terletak dalam lingkungan lima minit memandu dari Bandar Baru Bangi.

Terdapat banyak kemudahan yang telah dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk kegunaan penghuni bandar ini, termasuk sebuah taman rekreasi, Taman Cempaka yang terletak bersebelahan dengan Kompleks PKNS. Di samping itu, sebuah kompleks membeli belah baru turut dibina, Bangi Utama.

Untuk memenuhi keperluan perubahan dan kesihatan penduduk bandar ini, sebuah klinik kesihatan komuniti dibina. Sebuah balai polis dan balai bomba turut disediakan untuk penduduk bandar ini.

Bandar Baru Bangi kini mempunyai sebuah hotel antarabangsa bertaraf lima bintang, Hotel Equatorial Bangi-Putrajaya yang mempunyai 252 bilik. Reka bentuk dan seni bina bangunan ini berinspirasikan sebuah vila dan ia mempunyai lapan tingkat.

Kedudukan strategik Hotel Equatorial Bangi-Putrajaya di tengah-tengah Bangi Golf Resort telah menjadikan hotel ini sebagai pilihan utama untuk menganjurkan pelbagai persidangan antarabangsa dan kebangsaan.


Hotel Equatorial Bangi-Putrajaya

Kepada peminat golf, Bangi Golf Resort menawarkan padang 18 lubang, dimajukan atas sebuah tanah seluas 660 ekar. Di samping itu, sebuah padang 18 lubang juga terdapat di Danau Golf Club yang terletak dalam kampus induk Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beberapa buah bank beroperasi di bandar ini termasuk kumpulan perbankan Maybank Banking Groups, CIMB, Bank Rakyat, Ambank, Bank Islam dan Bank Muamalat.

Bandar Baru Bangi Bandar Baru Bangi

Bandar Baru Bangi dirancangkan dan dibangunkan sebagai sebuah bandar akademik. Pada masa kini, terbangun di sekitar bandar ini beberapa institutusi pengajian tinggi bertaraf dunia di negara ini. Di antaranya ialah Kuala Lumpur Infrastructure University (KLIU), Universiti Tenaga Nasional, Islamic Teaching Institute, PORIM Training Centre, Petronas dan ILIM.

Kemudahan beribadah bagi penduduk Islam turut disediakan di Bandar Baru Bangi. Dua buah masjid, Masjid Al-Hasanah dan Masjid Teras Jernang dibina, di samping puluhan surau di beberapa seksyen di bandar ini.






Wednesday, October 22, 2008

Tak Bleh Tahan......




"x bleh tahan bang! aku nak gak burgerDouble special dlm bubuh thousand island,aji shio lebih cikit.....mayo lebih ......Semacam je banyak customer meng order burger special...aku pun mana leh tahan...terasa x tertahan laparnya ni..."ujar share partner Maniz Burger.

Tu lah dia penangan Thousand Island...Mayo Nalley...Aji Shio....dan yg penting daging burger tu....mesti Brand RAMLY!Cukup rasanya......lena tidur....sampai leh terbabas le bangun pagi.Sudahnya merah punch card kt off................

Model Syarikat



Amacam....Macho x model kami!Untuk memujuk si Apiz untuk menjadi model kami memperagakan Mayonis Nalley......macam2 kehendak nafsunya perlu dipenuhi.....

Rokok Dunhill Light nak yg kotak 20,14 sorry.....,nasik goreng kampung kedai Azura 1 pinggan,air nescafe O ais Kaw!Pasti tu katanya ..."tutup kedai nanti...bak mai advanced 30/- bang...... nak isi minyak waja"

No Problem........maka,tercapai jugaklah hasrat kami untuk menjadikan si Apiz sebagai model iklan Mayonis Nalley yang digunakan oleh Maniz Burger.............

So,kalau ada sapa2 teringin memerlukan model lelaki macho dan bergaya untuk mempromotekan barangannya,bleh la contact2 dia.Tapi,untuk barangan yang tertentu sahaja rasanya....untuk model iklan memperaga pakaian susah cikit!Saiz baju XXXL.....suar lak 43!

Caya sama lu Apizzzz!!
berjaya jugak akhirnya menceburkan diri dalam modelling

Tuesday, October 21, 2008

Tokan Burger

Inilah tokan barang2 keperluan burger kami semenjak Tahun 1992.Toke dia dari naik wira la ni....dah naik merc.Tu yang kitaorg nampak...kt umah mcm2 jenis kete lagi kot! mcm bersusunnya kotak2 daging burger kt peti ais kt kedai diaorg..........


Macam2 ada......dah namanya pun pembekal makanan sejuk beku.Mcm yg tertulis kt signboardnya tu lah!Pelbagai jenis bebola,sotong,daging,ikan,sayur,burger,cili sos,ayam goreng,nugget & banyak lagilah.....Rasanya2nya mcm2 lagi benda yg Lazim Frozen ni jual.Try2 lah jenguk kt kedainya.Lazim Frozen ni ada 3 cawangan kl x silap kitaorg......3 cawangan xpe ma!Jangan 3 bini dah la.....

Aku dpt dah alamat kedai2 diorg ni....tadi aku call toke dia,dgn pantas toke sms kt kitaorg :

1.Bangi

No.7,Jln 4/12,Seksyen 4 Tambahan,43650 Bdr Baru Bangi.Tel:03-8920 2615

2.Kajang
No.B13,Gerai Medan Selera,Jln Bukit,43000 Kajang.Tel:03-8733 8441

3.Semenyih
SH,3,Tmn Semenyih,43500 Semenyih.Tel:03-8723 7735


Try2 le dtg kalau nak beli keperluan barangan sejuk beku...cash & carry.kalau nak utang,pandai2 le bodek toke dia tu...mana tau leh dapat

Regular Customer



Dia call dah............si Chye mintak burger special dia.Burger Double Decker.So,Amy & Apiz bersiap sedia menyediakan kehendak seleranya."Allo my friend! Gua mayak lapar ini malam..........burger double macam biasa ma...............!sikijap lagi gua datang"
Kekadang kami heran gak...muat ke perutnya.Kami tengok,tanknya kecik aje xla macam tank si Apiz....Bukan 1 tapi 2 pada kebiasaannya si Chye ni order!


Yang penting.....seleranya akan & tetap kami penuhi .xkira berapa tingkat burger pun di order olehnya.


A lot of Thanx for your support.
& a lot of thanx for our customer support...............................

Semalam Yang Sibuk



Semalam adalah malam yang sibuk untuk hari yang hujan....Meskipun permulaan niaga hujan turun mencurah2,pelanggan2 kami yg setia kami tetap datang untuk mengoder burger kegemaran diaorg.Thanx for Our Customer!!

Walaupun baju si Amy & Apiz lencun dek tempias hujan,mereka tetap bersemangat memasak burger.The Best Never Rest ma.......
Tu logo kami masa bukak niaga dulu....x caya cuba tengok kat tepi dinding lori kami belah atas.

Untuk customer kami@ kekawan yang sama2 mencari rezki dengan berniaga burger x kira di mana berada...............meh la.....kami mengalu-alukan join & memeriahkan blog Maniz Burger.Mungkin,dengan komen atau pandangan mampu menjadikan kita lebih berdedikasi & produktif.

Dulu dan Kini



Cuma nak mengimbau kenangan silam.....Masa mula2 bukak niaga dulu....kitaorang niaga guna stall burger ajer.Lebih kurang cam gambar kat sebelah ni lah stall burger kami.Gambar ni sample je.....tapi sejak Tahun 1998 hingga la ni 2008...Maniz Burger dah gunakan lori.
Mesti customer2 kitaorg ingat akan sejarah tu....So,kalau kalau-kalau lah ada lalu kat SS16 tu,meh la singgah kat Maniz Burger........
Perniagaan kami bukak cam biasa: 6.30pm - 1.30am.Tapi ari Selasa & Sabtu jgn lak dtg....kami cuti ma!kat situ ada pasar malam

Dedikasi Khas


Blog ini..Maniz Burger dedikasikan untuk para pelanggan kami yang setia sejak sekian lama kami beroperasi.Bersempena Syawal yang mulia ini kami turut merakamkan kepada pelanggan kami Selamat Hari Raya Aidil Fitri.